Selamat Datang ke Ashikim Craft



Ashikim Craft

Menyediakan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai produk kraft buatan tangan seperti untuk bingkai gambar, hiasan dinding, album, kad, buku tetamu, kotak hadiah & sebagainya mengikut permintaan & citarasa pelanggan.

Segala produk kraf dihasilkan dari tempahan pelanggan mengikut citarasa & tema yang dikehendaki.

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ashikim Craft melalui:

1) FB Page : Ashikim Craft
2) Web: http://ashikim-craft.blogspot.com/
3) Email : ashikim.craft@gmail.com
4) Telefon : 0139638742

Terima kasih kerana mengunjungi & memilih Ashikim Craft.

Thursday 29 March 2012

A4 size - Mini Paper Shredder

Tengahari ini secara rasminya telah menjadi milik saya.
Saya beli dari seorang rakan FB.


Sangat suka. Lepas ni tak perlu lagi saya potong-potong kertas untuk buat quilling.
Alhamdulillah...

Guest Book (Quilling Technic) - Yellow Theme

Ok... Kali ini saya nak kongsikan hasil Guest Book (Buku Tetamu) saya yang terbaru yang ditempah oleh junior saya.


Beliau minta untuk bertemakan kuning, ala-ala kuning diraja gitu,hehhehe....
Masih dalam tangan saya ni, Insyaallah Isnin depan akan poskan kepada beliau.


Friday 23 March 2012

Handmade Gift Box

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Semoga pengunjung Ashikim Craft sihat & sentiasa dalam keberkatan.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kotak hadiah buatan tangan (handmade gift box) yang baru saya siap kan semalam. Ini dia gambar kotak tanpa hiasan.


Saya bercadang nak hadiahkan kotak ini untuk guru-guru Umar & Muadz nanti, sempena Hari Guru. Lambat lagi kan,heheheh...saja saya buat awal, supaya tak terkejar-kejar dengan tempahan pelanggan yang lain. Isi kandungan kotak masih dalam pertimbangan, tapi sekurang-kurangnya ia boleh jadi kotak pensel kan.

Ini dia contoh kotak yang telah dihias.

 Pada yang ingin menempah untuk sebarang majlis, boleh hubungi saya awal ye, terima kasih...

Monday 19 March 2012

Goodies ~ Assorted Marshmallow (Handmade Paper Bag)

Menerima tempahan dari pelanggan yang sama.

Kali ini tema berwarna ungu.


Pelanggan ambil sendiri goodies ni di rumah.
Terima kasih kerana sudi bertandang

Saturday 17 March 2012

Door Signage - Quilling

Kanak-kanak riang..Itulah tema tempahan kraf saya kali ini. Seorang guru prasekolah dari Pahang telah menempah Door Signage untuk diletakkan di pintu masuk kelasnya.


Minggu depan saya akan poskan Door Signage ni. Sangat berharap cikgu berpuas hati & beliau memberitahu mahu mem'frame'kan hasil seni saya ini.


Terima kasih atas kepercayaan ini. Saya sangat berharap moga, akan ada hubungan yang panjang dengan cikgu ini.

Sunday 4 March 2012

Wedding Guest Book - Red + White (Quilling)

Minggu lepas minggu yang agak sibuk.
Walau bagaimanapun, saya cuba untuk menyiapkan quest book buat sepupu saya di Johor. Tema yang dipilih adalah merah + putih. Majlis perkahwinan beliau akan diadakan pada 17 Mac 2012 nanti...




Buat along Norhayatie Zakaria,
Selamat pengantin baru,
Semoga ALLAH memberkatimu & ke atasmu dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan...
Moga terus bercinta di Syurga.

Thursday 1 March 2012

Selamat Hari Lahir Abah (Table Card-Quilling)

Sempena ulangtahun kelahiran abah saya yang ke 57 pada 4 Mac 2012 ini, saya mendapat idea nak buat table card untuk beliau.

Inilah hasilnya...

Apa yang lebih menarik adalah, saya letak juga gambar saya sekeluarga. Moga-moga abah suka. Boleh la abah letak atas meja & tengok gambar kami bila dia rindu. Maklum la.. kami kan duduk jauh,hehehe...


Selamat Hari Lahir abah....
Moga sentiasa dalam keberkatan.

Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan,
terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan,
terima kasih kerana membesarkan,
juga terima kasih atas doa yang dikirimkan...

Mendoakan Syurga buat abah, sayang abah....