Selamat Datang ke Ashikim Craft



Ashikim Craft

Menyediakan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai produk kraft buatan tangan seperti untuk bingkai gambar, hiasan dinding, album, kad, buku tetamu, kotak hadiah & sebagainya mengikut permintaan & citarasa pelanggan.

Segala produk kraf dihasilkan dari tempahan pelanggan mengikut citarasa & tema yang dikehendaki.

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ashikim Craft melalui:

1) FB Page : Ashikim Craft
2) Web: http://ashikim-craft.blogspot.com/
3) Email : ashikim.craft@gmail.com
4) Telefon : 0139638742

Terima kasih kerana mengunjungi & memilih Ashikim Craft.

Tuesday 25 September 2012

Book Mark - Good Luck

Bertemakan sebatang pokok dengan daunan yang bermacam warna  - hasil kali ini adalah satu penanda buku.


Untuk dihadiahkan kepada bakal calon PMR'2012.
Semoga berjaya...

Birthday Card

Kali ini mendapat dua tempahan, satu untuk seorang kanak-kanak & satu lagi kad ini ditujukan untuk seorang kakak.

Kali pertama buat corak sebegini. Bertemakan kanak-kanak riang..


Kad yang kedua ini seperti satu kad sebelum ini, cuma bunga & teks diolah menjadikan ia sedikit berbeza.


Thursday 20 September 2012

Guest Book - Pink + Silver

Lagi koleksi Guest Book dari Ashikim Craft.


Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, sila hubungi saya..

Thursday 13 September 2012

Guest Book - Blue + Pink & Pink + Purple

Tempahan terbaru dari koleksi Ashikim Craft.
Dengan tema warna biru + merah jambu & merah jambu + ungu.


Craft Product for Sales

Produk yang sedia untuk dijual kepada semua pengunjung Ashikim Craft.
Sila lihat yer...


Keterangan tentang produk: Kod (ACF001)
Produk - Frame (hiasan quilling)
Saiz - 5" x 7" @ 178 x 127 mm




Keterangan tentang produk: Kod (ACF002)
Produk - Frame (hiasan quilling)
Saiz - 5" x 7" @ 178 x 127 mm

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut boleh hubungi saya..

Wednesday 15 August 2012

Signage - Salam Aidilfitri

Dedikasi khas buat yang jauh di mata, dekat dihati.
Moga kita akan bertemu di Aidilfitri kelak.


Handmade Card - Happy Birthday

Ini pula adalah hasil terakhir saya sebelum bercuti sempena Hari Raya.

Kad ini ditempah khas oleh seorang suami buat isterinya yang tersayang.


Boleh pandang-pandang...kalau berkenan hubungilah saya.

Easel Card - Salam Aidilfitri

Koleksi terakhir Easel Card - Salam Aidilfitri bagi tahun 2012.






Sunday 5 August 2012

Friday 3 August 2012

Easel Card - Salam Aidilfitri

Tempahan untuk kad ucapan Hari Raya telah dibuka.
Di bawah ini adalah antara kad terawal yang telah saya hasilkan.



Untuk tempahan boleh sms, email @ PM saya di page FB.

Terima kasih...

Saturday 28 July 2012

Guest Book - Blue + Red & Pink + Green

Telah menerima tempahan Guest Book untuk bulan Julai & seterusnya.
Kali ini pelanggan mahu menggabungkan tema di kedua-dua belah pihak,
sebelah perempuan bertemakan warna merah + biru, di sebelah lelaki bertemakan merah jambu + hijau.


Berharap semoga pelanggan berpuas hati.

Cepat..cepat..siapa yang berminat boleh tempah sekarang, hubungi saya ye...

Thursday 5 July 2012

Frame

Bingkai gambar ini direka sempena "Sports & Family Carnival" Al Hadanah Centre 2012.



Tuesday 19 June 2012

Guest Book : Warna Warni Kehidupan

Tempahan ini saya terima beberapa bulan yang lalu.
Agak pelik bila pelanggan mahukan Guest Book untuk dijadikan hadiah sempena ulangtahun perkahwinannya.


Rupa-rupanya pelanggan ini mahu menulis sendiri 'Ayat-ayat cinta' mereka sempena usia 6 tahun perkahwinan mereka.

Sunday 3 June 2012

Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6

03 Jun 2006 ~ 03 Jun 2012, genap ulangtahun perkahwinan yang ke 6 tahun bersama suami tersayang Sidik Al Amini bin Zailani. Bersyukur dikurniakan dua cahaya mata; Muhammad Umar Al Faruq & Muhammad Muadz As Sabiq, sebagai penyambung keturunan.


Terima Kasih atas segalanya, sungguh kau terbaik untukku. Moga kita kan terus bercinta di Syurga.

Monday 21 May 2012

Frame

Ini merupakan hasil terbaru dari Ashikim Craft

Ia ditempah oleh seseorang yang akan melansungkan pertunangan pada 03 Jun 2012.


Frame ini akan dijadikan hadiah sampingan pada majlis tersebut.

Selamat Bertunang,
~ Sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan ~

Friday 18 May 2012

DIY Photo Album - Quilling Tree

Tempahan untuk Ulangtahun Perkahwinan Syawal & Ruby pada 29 Mei 2012.
Pelanggan mahukan tema pohon-pohon cinta...

"Love Story - Syawal & Ruby"


Selamat Ulangtahun Perkahwinan  buat Syawal & Ruby dari Ashikim Craft.
Moga terus bercinta di Syurga...

Selamat Hari Guru 2012

Tempahan Stand Card untuk Hari Guru.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" ~ Selamat Hari Guru

Thank You Tag

Tag terima kasih ini saya buat khas buat pendidik anak-anak saya di Al Hadanah Centre, Kota Kinabalu.
Saya letakkan di dalam Gift Box sebagai tanda penghargaan.


Wednesday 16 May 2012

Gift Box

Melengkapkan koleksi 15 kotak untuk dihadiahkan kepada pendidik di Al-Hadanah Centre, Kota Kinabalu








Tuesday 8 May 2012

Gift Box

Ini antara koleksi 'Gift Box' yang saya siapkan untuk dihadiahkan kepada guru-guru di Al- Hadanah Center sempena Hari Guru.






Saturday 5 May 2012

Tempahan Guest Book -May 2012 ditutup

Kepada semua pengunjung Ashikim Craft.
Dimaklumkan bahawa tempahan "Guest Book" bagi bulan May 2012 telah ditutup.
Namun begitu tempahan bagi bulan Jun 2012 & seterusnya masih dibuka.
Mohon maaf atas sebarang kesulitan, terima kasih atas sokongan anda..

Guest Book - Quilling (Purple & Pink)

Tempahan terakhir untuk bulan May 2012.
Dari orang Johor untuk majlis perkahwinan saudaranya.
Bertemakan ungu & merah jambu



DIY - Photo album

Baru-baru ini saya menerima tempahan DIY-photo album dari kawan saya di Pahang.
Dia mahukan bunga-bungaan bertemakan warna merah & hitam.


Ini antara komen yang saya terima berkenaan hasil kerja saya yang ini.

"Tq Shikim...wahh...ko mmg ada bakat...cantikkkk"
"Bagus2...majukan lagi ke hadapan...lepas ni boleh bukak kedai besar @ artwork boutique ke...aminnn"

Terima kasih atas doa itu...sesungguhnya,yang terbaik itu datang dari Allah...


Wednesday 18 April 2012

Guest Book (Quilling Technic) - Colourful Theme

Tempahan terbaru yang sempat diupload untuk tontonan pengunjung Ashikim Craft



Selamat menjamu mata, jika berminat, cepat-cepat hubungi saya...

Tuesday 17 April 2012

Guest Book (Quilling Technic) - Yellow + Black Theme

Guest Book lagi....

Tempahan dari seorang kenalan dari Kuantan.
Katanya untuk dihadiahkan kepda sepupu pada majlis perkahwinan nanti.


Wednesday 4 April 2012

DIY Photo Album

Memperkenalkan produk baru...

DIY Photo Album.


Tempahan pertama saya terima dari seorang guru di Sandakan. Untuk dijadikan hadiah sempena majlis perkahwinan sahabatnya.

Terima kasih kerana terus menyokong Ashikim Craft


Photo Album 1
Saiz : 29 cm x 14.5 cm
Kertas : Keras
Muka Surat : 30 ms