Selamat Datang ke Ashikim Craft



Ashikim Craft

Menyediakan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai produk kraft buatan tangan seperti untuk bingkai gambar, hiasan dinding, album, kad, buku tetamu, kotak hadiah & sebagainya mengikut permintaan & citarasa pelanggan.

Segala produk kraf dihasilkan dari tempahan pelanggan mengikut citarasa & tema yang dikehendaki.

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ashikim Craft melalui:

1) FB Page : Ashikim Craft
2) Web: http://ashikim-craft.blogspot.com/
3) Email : ashikim.craft@gmail.com
4) Telefon : 0139638742

Terima kasih kerana mengunjungi & memilih Ashikim Craft.

Saturday, 28 July 2012

Guest Book - Blue + Red & Pink + Green

Telah menerima tempahan Guest Book untuk bulan Julai & seterusnya.
Kali ini pelanggan mahu menggabungkan tema di kedua-dua belah pihak,
sebelah perempuan bertemakan warna merah + biru, di sebelah lelaki bertemakan merah jambu + hijau.


Berharap semoga pelanggan berpuas hati.

Cepat..cepat..siapa yang berminat boleh tempah sekarang, hubungi saya ye...

Thursday, 5 July 2012

Frame

Bingkai gambar ini direka sempena "Sports & Family Carnival" Al Hadanah Centre 2012.



Tuesday, 19 June 2012

Guest Book : Warna Warni Kehidupan

Tempahan ini saya terima beberapa bulan yang lalu.
Agak pelik bila pelanggan mahukan Guest Book untuk dijadikan hadiah sempena ulangtahun perkahwinannya.


Rupa-rupanya pelanggan ini mahu menulis sendiri 'Ayat-ayat cinta' mereka sempena usia 6 tahun perkahwinan mereka.

Sunday, 3 June 2012

Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6

03 Jun 2006 ~ 03 Jun 2012, genap ulangtahun perkahwinan yang ke 6 tahun bersama suami tersayang Sidik Al Amini bin Zailani. Bersyukur dikurniakan dua cahaya mata; Muhammad Umar Al Faruq & Muhammad Muadz As Sabiq, sebagai penyambung keturunan.


Terima Kasih atas segalanya, sungguh kau terbaik untukku. Moga kita kan terus bercinta di Syurga.

Monday, 21 May 2012

Frame

Ini merupakan hasil terbaru dari Ashikim Craft

Ia ditempah oleh seseorang yang akan melansungkan pertunangan pada 03 Jun 2012.


Frame ini akan dijadikan hadiah sampingan pada majlis tersebut.

Selamat Bertunang,
~ Sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan ~

Friday, 18 May 2012

DIY Photo Album - Quilling Tree

Tempahan untuk Ulangtahun Perkahwinan Syawal & Ruby pada 29 Mei 2012.
Pelanggan mahukan tema pohon-pohon cinta...

"Love Story - Syawal & Ruby"


Selamat Ulangtahun Perkahwinan  buat Syawal & Ruby dari Ashikim Craft.
Moga terus bercinta di Syurga...

Selamat Hari Guru 2012

Tempahan Stand Card untuk Hari Guru.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" ~ Selamat Hari Guru